Diet untuk Pesakit Penyakit Buah Pinggang Kronik (Chronic Kidney Disease, CKD)

Penjagaan kesihatan anda semasa rawatan dialisis bermula dengan diet anda. Diet yang mesra buah pinggang akan membantu mengekalkan keseimbangan badan dan pastikan anda mendapat nutrisi yang anda perlukan untuk menjalani kehidupan yang menyenangkan.

Illustration of a man and woman seated at a table

Pelan Diet untuk Pesakit yang Menjalani Dialisis Buah Pinggang

Bagi pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) peringkat akhir, buah pinggang mereka tidak berupaya membuang sisa dan cecair yang berlebihan daripada tubuh mereka. Oleh itu, terapi penggantian buah pinggang diperlukan oleh pesakit buah pinggang kronik (CKD) ini agar buah pinggang mereka dapat berfungsi sepertimana buah pinggang yang sihat.

Pesakit yang menjalani rawatan dialisis perlu membuat beberapa perubahan terhadap gaya hidup mereka, ini termasuk diet harian mereka. Pesakit yang menjalani rawatan dialisis perlu mematuhi sekatan-sekatan pemakanan tertentu agar kekal sihat dan seimbang sepanjang menjalani rawatan dialisis mereka.

Mengekalkan diet yang terkawal dan seimbang – termasuk karbohidrat, lemak, protein, mineral dan cecair – akan memberikan asas yang baik kepada pesakit CKD untuk kekal sihat semasa menjalani rawatan dialisis.

Pesakit buah pinggang perlu mula bekerjasama dengan doktor atau pakar diet mereka untuk menghasilkan satu pelan diet yang diperibadikan bagi memenuhi semua keperluan pemakanan mereka.

Panduan Pemakanan Umum untuk Pesakit CKD yang Menjalani Dialisis

Mother and daughter cooking kidney friendly recipes for dialysis patient

Sekatan diet khusus untuk rawatan dialisis berbeza antara individu. Anda perlu berbincang dengan doktor atau pakar diet anda tentang makanan untuk pesakit buah pinggang yang boleh atau tidak boleh anda makan semasa menjalani rawatan dialisis. Terdapat beberapa panduan umum yang boleh diberi perhatian oleh pesakit CKD yang menjalani dialisis buah pinggang dan berikut ialah beberapa petua diet yang berguna untuk rujukan anda.

Garis Panduan Diet Bergantung kepada Terapi

Lady on dialysis holding a mug and drinking

Diet dialisis optimum anda ditentukan oleh faktor umur, berat badan, tahap fungsi buah pinggang anda, keadaan kesihatan anda yang lain dan jenis dialisis yang anda jalani. Keperluan diet antara pesakit buah pinggang yang dirawat dengan dialisis peritoneal (PD) atau hemodialisis (HD) adalah berbeza. Berikut adalah beberapa perbezaan utama yang perlu anda beri perhatian.

Manjakan selera anda dengan hidangan kegemaran anda versi mesra buah pinggang. Menampilkan beberapa pilihan utama kami penuh dengan rasa dan sangat memuaskan

Makanan Mesra Buah Pinggang untuk Pesakit Penyakit Buah Pinggang

Chicken Rendang Recipe

Rendang Ayam tanpa Santan

Bilangan sajian: 4

Masa penyediaan: 10 minit

Masa memasak: 30 minit

Rainbow Rice Pilaf Recipe

Nasi Pilaf Pelangi

Bilangan sajian: 2

Masa penyediaan: 15 minit

Masa memasak: 20 minit

Fucok Honeydew Dessert Recipe

Puding Fucuk dan Tembikai Susu

BIlangan sajian: 3

Masa penyediaan: 15 minit

Masa memasak: 5 minit

How to live well with dialysis?

couple riding a bike

Senaman dan Dialisis

Amalan senaman semasa anda menjalani dialisis boleh membantu anda rasa lebih kuat dari segi fizikal dan mental. Ketahui lebih lanjut tentang cara anda boleh kekal aktif sepanjang perjalanan rawatan anda. 

travelling while on dialysis

Mengembara dengan Dialisis

Anda mungkin boleh terus mengembara selepas diagnosis. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengembara dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD). 

talking about dialysis tile 3

Berbincang Tentang Penyakit Anda

Anda mungkin mendapati sukar untuk berbincang tentang penyakit anda secara terbuka, tetapi langkah ini akan membantu anda membina kepercayaan dan mendapatkan sokongan emosi dan praktikal yang anda perlukan untuk hidup sejahtera dengan dialisis.