Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Memahami Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) boleh membantu anda membuat pilihan yang tepat dalam perancangan rawatan anda. 

Apakah itu Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)?

Dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD), buah pinggang anda akan kehilangan keupayaannya untuk mengeluarkan sisa dan cecair daripada darah anda secara beransur-ansur. Apabila ini berlaku, sisa kumuhan dan cecair berlebihan akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan anda berasa kurang sihat. Walaupun CKD tidak boleh diubati, rawatan boleh membantu memperlahankan perkembangannya, mengawal gejala dan membolehkan anda menjalani kehidupan yang penuh. 

Kedua-dua buah pinggang anda bekerja secara serentak untuk membersihkan badan anda. Walaupun badan anda mempunyai dua buah pinggang untuk membantu menapis sisa, CKD akan menjejaskan kedua-dua buah pinggang pada masa yang sama. Apabila anda didiagnosis dengan CKD, ini bermakna kedua-dua buah pinggang anda terjejas dan tidak dapat menapis sisa dan cecair dari badan anda dengan betul. 

Patient who need dialysis thinks about symptoms that may happen

Bagaimanakah Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) didiagnosis?

Anda mungkin tidak menyedari gejala penyakit buah pinggang kronik (CKD) sehingga berada di peringkat akhir. Itulah sebabnya penyakit buah pinggang kadangkala digelar sebagai penyakit "senyap".1 Simptom penyakit buah pinggang tidak jelas dan mungkin berbeza bagi setiap orang. Buah pinggang anda masih menjalankan tugasnya walaupun fungsi semakin berkurangan. Oleh itu, gejala CKD mungkin tidak kelihatan sehingga kerosakan tersebut tidak dapat dipulihkan lagi. 

Sekiranya anda mempunyai penyakit kronik lain (contohnya, diabetes dan tekanan darah tinggi) yang meningkatkan risiko untuk CKD, doktor anda akan menjalankan ujian air kencing dan darah untuk memeriksa tekanan darah dan fungsi buah pinggang anda secara berkala. 

Ketahui lebih lanjut tentang gejala penyakit buah pinggang kronik.

5 Stages of CKD in Malay

Peringkat Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

CKD akan berkembang dari semasa ke semasa dan dikategori kepada 5 peringkat bergantung kepada kemampuan buah pinggang untuk menapis darah. Kadar penapisan glomerular (GFR) akan menunjukkan kadar fungsi buah pinggang anda.

Kadar penurasan glomerulus (GFR) akan dikira dengan menggunakan beberapa input. Ini termasuk usia, jantina, bangsa, dan juga tahap kreatinin darah anda – yang merupakan sisa buangan. Jika kadar penurasan glomerulus (GFR) anda rendah, bermakna buah pinggang anda tidak berfungsi sebaik mungkin. Lima peringkat penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan kadar penurasan glomerulus (GFR) yang dikaitkan dengannya adalah seperti yang diterangkan di bawah. 

Pada peringkat awal (Peringkat 1–3), buah pinggang anda masih mampu menapis sisa daripada darah anda. Pada peringkat akhir (Peringkat 4–5), buah pinggang anda akan bekerja dengan lebih keras untuk menapis darah dan mungkin berhenti berfungsi sepenuhnya.2

Ketahui lebih lanjut tentang penyakit buah pinggang kronik tahap 3, tahap 4 dan tahap 5.

Apakah yang Menyebabkan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)?

Pelbagai faktor risiko dan punca boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapat penyakit buah pinggang kronik (CKD). Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui tentang punca dan faktor risiko yang berkaitan supaya anda dapat mengurangkan risiko menghidapi CKD. 

Ketahui lebih lanjut tentang punca penyakit buah pinggang kronik (CKD).

Illustration of a paper report

Fahami asas penyakit buah pinggang kronik

Proses mempelajari tentang penyakit buah pinggang kronik dan bagaimana ia menjejaskan badan anda boleh kelihatan agak mencabar. Oleh itu, kami telah merumuskan beberapa perkara paling penting yang perlu anda ketahui dalam sebuah carta ringkas. Muat turun dan cetak atau kongsi dengan keluarga atau penjaga anda.

Muat turun
Illustration of a paper report

Pelajari bahasa baharu

Apabila anda didiagnosis dengan penyakit buah pinggang kronik dan mula menjalani dialisis, anda akan menemui banyak perkataan dan perkara baharu. Untuk membantu anda mempelajari terminologi yang paling penting, kami telah mencipta sebuah kamus kecil. Muat turun dan cetaknya, supaya anda boleh mula untuk membiasakan diri dengan beberapa perkataan yang perlu anda pelajari.

Muat turun
Illustration of a female doctor speaking with a male patient

Bagaimana Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) Dirawat?

Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk penyakit buah pinggang kronik (CKD). Adalah penting untuk anda memainkan peranan utama dalam pilihan rawatan yang paling sesuai untuk anda. 

Oleh sebab buah pinggang tidak dapat menapis darah seperti biasa, kebanyakan pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD) peringkat akhir dirawat dengan dialisis. Pemindahan buah pinggang dan penjagaan konservatif merupakan pilihan alternatif. 

Setiap pilihan rawatan mempunyai kelebihan tersendiri. Lakukan persediaan untuk berbincang dengan doktor tentang rawatan yang paling sesuai dengan keperluan fizikal, emosi dan gaya hidup anda. Pelajari tentang jenis rawatan CKD yang berbeza serta pilihan yang paling sesuai untuk anda setelah berbincang dengan doktor.