Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) Tahap 3

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah keadaan di mana fungsi buah pinggang merosot secara beransur-ansur dan menyebabkan kegagalan buah pinggang untuk sesetengah pesakit. CKD tahap 3 berlaku apabila eGFR merosot di kalangan 30-59. Ketahui simptom-simptom, pilihan rawatan dan cara untuk menguruskan penyakit buah pinggang pada peringkat ini.

Gambaran keseluruhan penyakit buah pinggang tahap 3

5 Stages of CKD in Malay

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) dibahagikan kepada 5 tahap berdasarkan fungsi buah pinggang dan tanda-tanda darah atau protein dalam air kencing.

Pada CKD tahap 3, buah pinggang telah sederhana rosak. Oleh itu, ia tidak dapat menapis garam dan toksin secara optimum untuk mengekalkan keseimbangan bendalir.

Peringkat CKD ini dibahagikan kepada dua sub-peringkat berdasarkan fungsi buah pinggang: CKD tahap 3a dan CKD tahap 3b. Akan tetapi, sub-kategori ini tidak menjejaskan jenis rawatan yang akan anda dapat.

Pada CKD tahap 3, doktor akan memantau dengan rapat untuk menilai kandungan protein dalam air kencing. Jumlah protein yang tinggi boleh meninggikan risiko perkembangan CKD dan meningkatkan keperluan untuk rawatan.

Simptom-simptom penyakit buah pinggang tahap 3

CKD adalah suatu penyakit bisu kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal. Tanda-tanda dan simptom-simptom pertama biasanya hanya mula muncul pada tahap 3 atau tahap seterusnya. Ini berlaku apabila penurunan fungsi buah pinggang yang ketara dan seterusnya berlakunya pengekalan toksin dan bendalir dalam badan.

Simptom-simptom CKD tahap 3 termasuk:

  • Kelesuan
  • Bengkak di tangan dan kaki anda
  • Perubahan warna atau isipadu air kencing
  • Kekejangan otot
  • Gatal-gatal
  • Kurang selera makan

Simptom-simptom mungkin tidak menonjol atau hanya muncul secara perlahan-lahan apabila CKD semakin berlanjutan. Bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil berat terhadap simptom-simptom pada setiap peringkat. Ini termasuk memahami apa yang anda alami dan puncanya.

Doktor akan menjalankan ujian darah dan air kencing dengan kerap untuk mengukur tahap CKD anda dan risiko perkembangan penyakit.

0. BAXTER_DTP_Frontpage_Find the Answers You Need.png

Rawatan untuk penyakit buah pinggang tahap 3

Rawatan untuk CKD tahap 3 bertujuan untuk memperlahankan kadar perkembangan dan menguruskan isu-isu kesihatan yang disebabkan oleh kemerosotan fungsi buah pinggang.

Ubat-ubatan seperti perencat Angiotensin-converting enzyme (ACE), penghalang Angiotensin-receptor (ARB) dan kini perencat sodium-glucose cotransporter-2 (SGLT-2) berkesan untuk mengurangkan kerosakan buah pinggang dan memperlahankan perkembangan CKD. Rawatan-rawatan lain dan pengurusan diet juga diperlukan untuk menangani isu-isu kesihatan seperti anemia atau paras garam yang tinggi, yang timbul disebabkan CKD. Walau bagaimanapun, CKD tahap 3 masih tidak memerlukan dialisis.

Find_the_answers_you_need_largetile_02.png

Mengurus penyakit buah pinggang tahap 3

Setelah didiagnosis dengan CKD tahap 3, adalah penting untuk anda membuat beberapa perubahan gaya hidup dan bekerjasama dengan doktor untuk menguruskan keadaan anda secara optimum. Pada tahap ini, doktor akan merujuk anda kepada pakar buah pinggang, juga dikenali sebagai pakar nefrologi, untuk menyelia penjagaan anda untuk jangka masa panjang. 

Perubahan gaya hidup yang diperlukan mungkin berbeza dan bergantung pada keseluruhan kesihatan anda. Akan tetapi, ia biasanya termasuk perubahan diet, senaman sederhana, berhenti merokok, mengehadkan penggunaan alkohol, mengekalkan berat badan yang sihat, memantau keadaan kesihatan anda dan cadangan-cadangan lain yang diberikan oleh pasukan penjagaan kesihatan anda.

Illustration of a female doctor speaking with a male patient

Prognosis untuk penyakit buah pinggang tahap 3

Pada tahap CKD 3, kerosakan buah pinggang anda adalah sederhana dan fungsi buah pinggang semakin merosot. Rawatan-rawatan boleh memberi kesan untuk memperlahankan perkembangan CKD dan menguruskan isu-isu kesihatan yang lain.

Tahap 3 masih jauh daripada kegagalan buah pinggang, dan diagnosis pada peringkat ini boleh membantu menguruskan CKD dengan berkesan kerana rawatan boleh dimulakan dan perkembangan penyakit akan dipantau dengan rapat. Anda adalah berkemungkinan berada di CKD tahap 3 untuk bertahun-tahun, di mana penyakit buah pinggang anda tidak memaju ke peringkat akhir.

SOALAN-SOALAN LAZIM