Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)
Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) adalah pilihan rawatan yang menapis darah di luar badan dengan menggunakan mesin dialisis dan membran buatan, yang dinamakan alat dialisis atau “dializer”. Di sini anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang cara untuk melakukan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah).
Apakah Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)?
Hemodialisis (HD) adalah sejenis dialisis yang menapis darah di luar badan dengan menggunakan mesin dan alat dialisis “dializer”, iaitu penuras buatan yang bertindak seperti buah pinggang tiruan.
Bagaimana Saya Melakukan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)?
Jika Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) adalah pilihan rawatan yang sesuai untuk anda, pasukan penjagaan kesihatan akan melatih anda untuk memasang mesin dialisis dan peralatan lain, membuat suntikan dengan betul, dan mengajar anda cara untuk melakukan rawatan dengan sempurna.
Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) Boleh Memberi Anda Lebih Kebebasan
Berbanding dengan dialisis di klinik atau hospital, Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) memberikan fleksibiliti tambahan kepada anda untuk merancang rawatan supaya bersesuaian dengan aktiviti harian anda. Malah, dengan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah), anda juga boleh melancong atau mengembara. Bagaimanapun, anda perlu memaklumkan pakar klinikal sebelum merancang sebarang aktiviti dan pengembaraan, supaya mereka boleh memberikan maklumat lanjut tentang cara untuk menjaga keselamatan dan kesihatan anda dengan kekal aktif dan kesejahteraan hidup.
Persediaan untuk Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)
Sebelum memulakan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah), anda perlu mengikuti latihan selama 4-6 minggu untuk memastikan anda boleh melakukan rawatan dengan selamat dan sempurna. Anda juga memerlukan penjaga untuk membantu anda menjalani rawatan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah). Oleh itu, penjaga juga perlu dilatih.
Menyediakan Kediaman Anda untuk Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)
Untuk melakukan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) dengan selamat dan berkesan, anda perlu mempunyai ruang khas yang bersih untuk anda menjalani rawatan harian. Anda memerlukan kerusi atau katil yang selesa untuk anda duduk atau baring semasa rawatan, dan telefon yang boleh anda gunakan untuk membuat panggilan kepada pasukan penjagaan kesihatan jika perlu. Ruang bersih perlu diubah suai untuk keperluan dialisis, dengan menyediakan punca elektrik yang diperlukan oleh mesin dialisis, sumber air yang boleh digunakan dengan mudah semasa rawatan, dan sistem paip untuk menyalurkan keluar air sisa buangan. Pelarasan ini akan diselia oleh klinik atau hospital anda.
Seorang ahli pasukan penjagaan kesihatan biasanya akan datang ke rumah untuk membantu anda menentukan tempat yang sesuai untuk menyediakan ruang rawatan dan ruang menyimpan bekalan anda.
Kelebihan Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah)
Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) mungkin pilihan rawatan yang terbaik untuk anda jika sesuai dengan keadaan perubatan dan fizikal, dan juga pilihan gaya hidup anda. Hemodialisis di Rumah (HD di Rumah) membolehkan anda merasai keselesaan dan kebebasan melakukan dialisis di tempat yang anda rasa selesa dan selamat, di samping mempunyai kemudahan telefon untuk meminta bantuan profesional sekiranya perlu. Melakukan rawatan di rumah juga memberikan lebih fleksibiliti kerana anda tidak perlu berulang-alik ke hospital atau klinik dengan kerap.
Apakah langkah seterusnya?
Hemodialisis di Pusat Rawatan (ICHD)
Anda mungkin lebih suka menerima rawatan dialisis di hospital atau pusat rawatan yang berhampiran dengan anda.
Peritoneal Dialisis (PD) di Rumah
Peritoneal dialisis (PD) merupakan sejenis rawatan dialisis yang boleh dilakukan di rumah. Kami akan memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai PD.
Pemindahan Buah Pinggang & Penjagaan Konservatif
Terdapat pilihan rawatan lain yang anda boleh mempertimbangkan sekiranya anda dan pakar perubatan mendapati rawatan dialisis tidak sesuai untuk anda.