Dialisis Peritoneal Automatik (APD

Dialisis Peritoneal Automatik (APD) ialah pilihan terapi di rumah yang dilakukan menggunakan mesin dialisis, yang membantu mengisi dan mengalirkan dialisat. 

Malay dialysis patient reading beside an APD cycler machine

Apakah itu Dialisis Peritoneal Automatik (APD)?

Dialisis Peritoneal Automatik (APD) merupakan sejenis PD yang dilakukan menggunakan mesin dialisis, yang membantu mengisi dan mengalirkan dialisat secara automatik/dengan operasi manusia yang paling kurang. Mesin dialisis ini, juga dipanggil cycler, diprogramkan untuk menyediakan preskripsi dialisis yang ditetapkan oleh doktor anda. Pertukaran APD biasanya mengambil masa antara 8 dan 12 jam dan boleh dilakukan semalaman semasa anda tidur. 

Bagaimanakah Dialisis Peritoneal Automatik (APD) berfungsi?

Sebelum sesi dialisis, mesin cycler APD anda akan disambungkan kepada 10-15 liter larutan dialisis yang baharu. Satu tiub dari cycler kemudiannya disambungkan ke kateter di bahagian abdomen anda. APD cycler diprogramkan untuk mengawal pergerakan larutan dialisis bersih ke dalam perut anda oleh mesin dialisis. 

Ia mengeluarkan larutan dialisis yang berada dalam badan anda dan menggantikannya dengan larutan baharu pada selang masa yang ditetapkan sepanjang tempoh terapi. Anda perlu menyediakan mesin dialisis dengan peralatan baharu dan cecair dialisis untuk setiap sesi APD. Setiap pesakit adalah berbeza dan program cycler APD akan disesuaikan dengan keperluan khas anda. 

APD adalah alternatif kepada CAPD dengan menggunakan mesin cycler untuk mengalirkan cecair dialisis ke dalam abdomen setiap malam semasa pesakit sedang tidur. Berikut ialah beberapa sebab untuk anda memilih APD:

Mengapakah saya perlukan APD?

Kejadian bengkak yang lebih rendah akibat cecair berlebihan dalam badan1

Ultrafiltrasi ialah penyingkiran cecair daripada badan pesakit, dan ia merupakan salah satu fungsi buah pinggang yang diambil alih oleh rawatan dialisis. Dialisis peritoneal (PD) menggunakan ultrafiltrasi untuk mengeluarkan cecair melalui membran peritoneal. APD mempunyai kesan ultrafiltrasi yang lebih baik pada sebilangan pesakit di mana ia membolehkan lebih banyak cecair dikeluarkan semasa setiap pertukaran, lantas mengurangkan bengkak akibat cecair berlebihan.

Kadar risiko peritonitis lebih rendah1

Pelaksanaan APD biasanya dilakukan semalaman, pesakit hanya perlu menyambung dan memutuskan sambungan kateter ke mesin APD sekali sehari. Manakala, pelaksanaan CAPD dilakukan 3-4 kali sehari, di mana sambungan dan putus sambungan kateter ke beg dialisat akandiperlukan beberapa kali sehari. Ini membawa kepada peningkatan ketara dalam risiko jangkitan. 

Kadar ketidakselesaan rendah2

Pelaksanaan CAPD biasanya dilakukan dalam posisi duduk, manakala pelaksanaan APD dilakukan dalam posisi berbaring. Oleh itu, tekanan intraperitoneal dengan APD adalah 50% lebih rendah berbanding dengan CAPD.

Kualiti hidup yang lebih baik 2

Memandangkan APD dilakukan semasa tidur, anda boleh menikmati fleksibiliti pada waktu siang. Lebih daripada 60% pesakit APD masih bekerja sepenuh masa. Anda masih boleh menyara diri dan keluarga anda dari segi kewangan dengan menggunakan APD.

Walaupun mempunyai risiko komplikasi yang lebih rendah dengan rawatan APD, secara amnya komplikasi PD seperti jangkitan dan hernia masih mungkin akan berlaku. 

Mengetahui lebih lanjut tentang komplikasi dan kesan sampingan PD. 

FAQ

Apakah langkah seterusnya?

capd small title

Peritoneal Dialisis Ambulatori Berterusan (CAPD)

CAPD boleh dilakukan di tempat kerja, rumah atau semasa anda mengembara.

1. BAXTER_DTP_SubPage_TREATMENT_In-Centre Haemodialysis (In-Centre HD).png

Hemodialisis di Pusat Rawatan (ICHD)

Anda mungkin lebih suka menerima rawatan dialisis di hospital atau pusat rawatan yang berhampiran dengan anda.

other treatment options for chronic kidney disease

Pemindahan Buah Pinggang & Penjagaan Konservatif

Terdapat pilihan rawatan lain yang anda boleh mempertimbangkan sekiranya anda dan pakar perubatan mendapati rawatan dialisis tidak sesuai untuk anda.