Senaman dan Dialisis

Mengamal senaman adalah penting untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan mental sepanjang perjalanan rawatan anda.

Illustration of a woman walking a dog outside

Terdapat pelbagai manfaat fizikal dan psikologi dengan kekal aktif semasa menjalani dialisis. Amalan bersenam boleh meningkatkan keyakinan, memastikan anda cergas dari segi mental dan fizikal, serta memberi peluang untuk interaksi sosial. Senaman mungkin menjadikan anda rasa cergas, membantu anda mendapatkan kestabilan fizikal dan emosi untuk melakukan aktiviti yang biasa anda lakukan sebelum disahkan menghidap penyakit. Sebelum anda memulakan sebarang aktiviti fizikal, berbincang dengan pakar terlebih dahulu tentang pilihan terbaik bagi anda

Couple with dialysis cycling on beach as exercise

Manfaat Fizikal dan Emosi Melakukan Kegiatan Fizikal dengan Dialisis

Kegiatan fizikal penting untuk mengekalkan gaya hidup sihat, tidak kira anda sedang menjalani dialisis atau tidak. Senaman disertakan diet mesra buah pinggang boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat, menguatkan otot, melapangkan fikiran dan mencerdaskan minda yang positif.  Kegiatan fizikal yang kerap amat penting untuk mengekalkan jantung yang sihat.  Ini sangat penting sekiranya anda mengalami penyakit buah pinggang kronik (CKD), kerana ia akan meningkatkan risiko anda mengalami sakit jantung.

Man exercising in gym after dialysis

Apakah Jenis Senaman Yang Boleh Saya Lakukan?

Apabila anda menjalani dialisis, terdapat banyak jenis aktiviti fizikal yang boleh anda lakukan. Antara senaman mudah yang boleh dilakukan termasuk berjalan kaki. Bagaimanapun, jika anda dapat melakukan aktiviti lain, pakar klinikal anda boleh mencadangkan beberapa senaman luar yang boleh anda lakukan, jika cuaca mengizinkan.  Jika tidak, terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di dalam rumah. 

Elderly couple walking dog outdoors while on dialysis

Pertimbangan Khusus

Sesetengah orang yang menjalani dialisis mempunyai masalah perubatan lain yang mempengaruhi keupayaan mereka untuk bersenam dengan kerap.  Diabetes dan sakit jantung adalah dua daripada masalah paling umum.  Jika anda mengalami keadaan ini, anda seharusnya berunding dengan doktor sebelum mula bersenam, dan kemudian mulakan pelan senaman anda perlahan-lahan, meningkatkan keamatan dan tempoh masa aktiviti anda secara beransur-ansur.

Doctor explaining the success rate behind Kidney Transplant

Pengambilan Air dan Senaman

Mengekalkan keseimbangan bendalir dalam badan sangat penting semasa anda menjalani dialisis. Badan anda akan kehilangan lebih banyak bendalir daripada biasa semasa bersenam. Anda hendaklah berbincang dengan pakar klinikal tentang keperluan dan cara untuk mengubah jumlah pengambilan air semasa anda bersenam untuk mengekalkan penghidratan dan mengelakkan ketidakseimbangan bendalir.  Seringkali pengambilan air and cecair lain akan dihadkan bagi penghidap dialisis. Jadi pastikan anda berbincang dengan pakar klinikal atau jururawat anda mengenainya.

Apakah langkah seterusnya?

travelling on dialysis

Mengembara dengan Dialisis

Anda mungkin masih boleh mengembara semasa rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD). Ketahui lebih lanjut tentang pengembaraan dengan dialisis. 

talking about dialysis tile 3

Berbincang Tentang Penyakit Anda

Anda mungkin mendapati sukar untuk berbincang tentang penyakit anda secara terbuka, tetapi langkah ini akan membantu anda membina kepercayaan dan mendapatkan sokongan emosi dan praktikal yang anda perlukan untuk hidup sejahtera dengan dialisis.

Mental health kidney health

Menangani Emosi Anda

Cara anda menangani emosi sepanjang rawatan boleh memberikan kesan ketara terhadap kesejahteraan anda.