Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) Tahap 4

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah keadaan di mana fungsi buah pinggang merosot secara beransur-ansur dan mungkin boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang pada sesetengah pesakit. CKD tahap 4 menandakan kerosakan buah pinggang lanjutan, dan menpunyai risiko tinggi untuk kegagalan buah pinggang. Perbincangan dan perancangan untuk menggantikan fungsi buah pinggang dengan dailisis perlu diadakan di tahap ini.

5 Stages of CKD in Malay

Gambaran keseluruhan penyakit buah pinggang tahap 4

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) dibahagikan kepada 5 peringkat berdasarkan fungsi buah pinggang, dan sama ada terdapat tanda-tanda darah atau protein dalam air kencing.

Pada CKD tahap 4, buah pinggang anda mengalami kerosakan dan fungsi buah pinggang merosot dengan ketara. Ini menyebabkan pertambahan toksin dan bendalir dalam badan anda. Ujian darah untuk menentukan fungsi buah pinggang pada peringkat ini akan memberikan anggaran kadar penurasan glomerular (eGFR) 15-29 ml/min. Ada kemungkinan anda akan mengalami simptom-simptom CKD, serta isu-isu kesihatan lain seperti anemia yang disebabkan oleh CKD. Ini adalah fasa kritikal untuk memahami keperluan untuk menggantikan fungsi buah pinggang dan pilihan-pilihan yang mungkin ada.

Simpton-simptom penyakit buah pinggang tahap 4

Tanda-tanda penyakit buah pinggang biasanya mula muncul pada tahap 3, tetapi kadangkala ia tidak muncul sehingga tahap 4. Semasa tahap 4, simptom-simptom adalah lebih lazim dan bertambah teruk apabila fungsi buah pinggang semakin merosot.

Simpton-simptom CKD tahap 4 termasuk:

  • Kelesuan
  • Sesak nafas
  • Bengkak di tangan dan kaki anda
  • Bengkak mata
  • Perubahan warna air kencing atau isipadu
  • Kejang otot
  • Kurang selera makan
  • Mual dan rasa tidak enak dalam mulut
  • Masalah tidur
  • Gatal-gatal
  • Perubahan warna kuku dan kulit

Simpton-simptom adalah berbeza sesama orang. Adalah penting untuk mengetahui semua simptom-simptom CKD supaya anda boleh berbincang dengan doktor anda jika mengalami simpton tersebut.

0. BAXTER_DTP_Frontpage_Find the Answers You Need.png

Rawatan untuk penyakit buah pinggang tahap 4

Rawatan untuk CKD tahap 4 akan menumpu pada masalah kesihatan yang disebabkan oleh fungsi buah pinggang yang terjejas, memperlahankan perkembangan CKD dan meneroka keperluan untuk terapi penggantian buah pinggang. Pada tahap ini, doktor akan merujuk anda kepada pakar buah pinggang, juga dikenali sebagai pakar nefrologi. Mereka akan menyelia penjagaan anda untuk jangka masa panjang. Berdasarkan penilaian keadaan kesihatan keseluruhan anda, pakar nefrologi akan berbincang dan mula merancang untuk terapi penggantian buah pinggang (dialisis dan pemindahan) jika anda melangkah ke CKD tahap 5, yang dikenali sebagai penyakit buah pinggang peringkat akhir.

Find_the_answers_you_need_largetile_02.png

Menguruskan penyakit buah pinggang tahap 4

Pada CKD tahap 4, adalah penting untuk menguruskan penyakit buah pinggang anda supaya dapat melambatkan perkembangan penyakit. Selain itu, rawatan akan ditumpukan kepada komplikasi-komplikasi yang disebabkan oleh CKD seperti anemia dan penyakit metabolik tulang. Pada peringkat ini, adalah penting untuk memberi tumpuan untuk mengekalkan keseimbangan bendalir untuk mengelakkan pengekalan bendalir di kaki atau paru-paru anda.

Cadangan-cadangan lain termasuk membuat perubahan diet, bersenam sederhana, berhenti merokok, mengehadkan penggunaan alkohol, mengekalkan berat badan yang sihat dan memantau keadaan kesihatan yang lain seperti tekanan darah tinggi atau diabetes.

Illustration of a female doctor speaking with a male patient

Prognosis untuk penyakit buah pinggang tahap 4

Pada CKD tahap 4, buah pinggang telah mengalami kerosakan dan fungsi buah pinggang secara keseluruhan juga merosot dengan ketara. Bagaimanapun, anda masih berkemungkinan untuk memperlahankan perkembangan CKD dan mengurus isu-isu kesihatan lain dengan mengikuti cadangan-cadangan pasukan penjagaan kesihatan anda.

Adalah penting untuk mengetahui bahawa pasukan penjagaan kesihatan anda akan mula merancang pilihan-pilihan terapi penggantian buah pinggang, bergantung kepada keadaan keseluruhan dan kemerosotan fungsi buah pinggang. Ini adalah untuk persediaan sekiranya anda melangkah ke tahap 5 penyakit buah pinggang, juga dikenali sebagai penyakit buah pinggang peringkat akhir.

Female physician reviewing information with a man and woman

Bercakap mengenai terapi penggantian buah pinggang

Pakar nefrologi dan ahli pasukan penjagaan kesihatan yang lain akan mula menilai keadaan keseluruhan anda dan memberikan maklumat tentang terapi penggantian buah pinggang. Mereka akan membincangkan pilihan rawatan yang sedia ada sambil mendengar pandangan anda tentang kesesuaian terapi dengan gaya hidup dan keinginan anda. Anda harus dapatkan memahami pilihan-pilihan tersebut, meninjau pelbagai pilihan yang sedia ada dan ambil masa untuk fikir dengan teliti pilihan mana yang paling baik untuk anda. Pada akhir proses tersebut, anda dan pakar nefrologi akan membuat keputusan atas jenis rawatan yang terbaik untuk anda.

Ketahuilah soalan-soalan penting untuk tanya pakar nefrologi akan membantu dalam membuat keputusan yang paling termaklum mengenai rawatan penyakit buah pinggang anda.

SOALAN-SOALAN LAZIM