Rendang Ayam tanpa Santan

Bilangan sajian: 4 | Masa penyediaan: 10 minit | Masa memasak: 30 minit

3. BAXTER_DTP_SubPage_4.0_Diet and Dialysis.png
Santan-free Chicken Rendang

Fakta Nutrisi Setiap Hidangan:

  • Tenaga: 160 kCal
  • Protin: 13g
  • Lemak: 9g
  • Karbohidrat: 6g
  • Serat: 0.9g
  • Fosforus: 142mg
  • Kalium: 326mg
  • Natrium: 174mg

Bahan-bahan:

  • 220g daging dada ayam tanpa tulang (mentah), dipotong kecil

Kesemua bahan dikisar halus:

  • 1 cawan bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci halia
  • 2 batan serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15cm x 1 helai daun kunyit, dihiris halus
  • 5cm x 3 keping daun limau purut, dihiris halus
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1⁄2 cawan air
  • 1⁄4 sudu kecil garam (jika perlu)

Arahan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk yang mempunyai bahagian bawah yang tebal. Tumis bahan yang telah dikisar selama seminit atau sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk, gunakan api yang sederhana dan sentiasa kacau masakan sehingga mendidih.
  3. Kecikan api, biar masakan merenih sehingga kuah menjadi lebih pekat. Tambahkan daun kunyit dan daun limau purut. Teruskan memasak sehingga ayam empuk dan kuah agak kering mengikut kepekatan yang anda inginkan.
  4. Masakan boleh diperisakan dengan garam dalam setiap sajian individu (jika mahu) Ketika waktu makan. Hidangkan ketika masih panas.

Cuba resipi mesra buah pinggang yang lain:

Rainbow Rice Pilaf Recipe

Nasi Pilaf Pelangi

Bilangan sajian: 2

Masa penyediaan: 15 minit

Masa memasak: 20 minit

Fucok Honeydew Dessert Recipe

Puding Fucuk dan Tembikai Susu

Bilangan sajian: 3

Masa penyediaan: 15 minit

Masa memasak: 5 minit