Dialisis Peritoneal (PD) di Rumah

Dialisis Peritoneal (PD) adalah salah satu pilihan rawatan buah pinggang sekiranya anda perlu memulakan rawatan dialisis. Ketahui lebih lanjut tentang dialisis peritoneal (PD) di rumah. 

Apakah itu Dialisis Peritoneal (PD)?

Dialisis peritoneal (PD) ialah rawatan yang menggunakan lapisan abdomen anda - dipanggil membran peritoneal - untuk mengeluarkan bahan kumuhan daripada darah anda. Dialisis peritoneal (PD) biasanya dilakukan di rumah dan juga boleh dijalankan semasa tidur atau semasa mengembara. Ia mungkin terapi yang sesuai untuk anda jika anda memerlukan mobiliti atau jadual rawatan buah pinggang yang fleksibel. 

Doctor explaining Peritoneal Dialysis to the patient

Bagaimanakah Dialisis Peritoneal (PD) dilakukan?

Semasa dialisis peritoneal (PD), cecair yang dipanggil larutan dialisis (atau dialisat) akan masuk ke dalam abdomen anda melalui kateter. Kateter ini dimasukkan ke dalam perut anda melalui prosedur pembedahan kecil sebelum rawatan dialisis peritoneal (PD) dimulakan. Sebaik sahaja cecair dialisis mengisi abdomen anda, ia akan disimpan untuk membersihkan darah anda dengan menyerap sebarang sisa dan cecair yang berlebihan. Selepas 6 hingga 8 jam, larutan dialisis yang mengandungi sisa dan cecair berlebihan akan disalir keluar dari abdomen anda melalui kateter. Keseluruhan proses ini dipanggil pertukaran. 

APD VS CAPD

Terdapat dua jenis dialisis peritoneal (PD): dialisis peritoneal ambulatori berterusan (CAPD) dan dialisis peritoneal automatik (APD). 

Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)

Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD)

CAPD ialah rawatan yang menggunakan graviti untuk mengisi dan mengeluarkan larutan dialisis dari abdomen anda. 

Pertukaran CAPD biasanya dilakukan 3 hingga 4 kali sehari, terutamanya selepas bangun, sebelum makan tengah hari dan makan malam, dan sebelum tidur. Semasa pertukaran CAPD, pertukaran dialisis dilakukan secara manual oleh anda atau penjaga pada siang hari. Semasa setiap pertukaran, ia mungkin mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan larutan dialisis yang telah digunakan dari abdomen dan mengisi abdomen dengan larutan dialisis yang baharu. Pesakit kemudian boleh meneruskan aktiviti harian biasa sehingga pertukaran seterusnya.  

Malay dialysis patient reading beside an APD cycler machine

Dialisis Peritoneal Automatik (APD)

APD memerlukan mesin dialisis untuk mengalirkan cecair dialisis ke dalam perut. 

APD biasanya berlaku pada waktu malam apabila mesin dialisis disambungkan ke kateter PD. Semasa anda tidur, mesin mengeluarkan larutan dialisis yang lama dan membekalkan larutan dialisis bersih. Anda boleh tanggalkan sambungan mesin selepas anda bangun untuk meneruskan aktiviti biasa. 

Apakah manfaat Dialisis Peritoneal (PD)?

Dialisis Peritoneal (PD) adalah pilihan dialisis tanpa jarum  

PD menggunakan kateter untuk memasukkan larutan dialisis ke dalam ruang dalam abdomen anda untuk menapis darah melalui membran peritoneal. Hemodialisis (HD) pula menapis darah anda melalui mesin luaran, yang memerlukan jarum untuk mengalirkan darah anda ke dalam mesin. 

Dialisis Peritoneal (PD) di rumah menawarkan fleksibiliti dan kebebasan  

Melakukan rawatan dialisis peritoneal (PD) di rumah meningkatkan fleksibiliti dan kebebasan hidup anda semasa dialisis. Ia boleh mengurangkan lawatan yang kerap ke hospital atau klinik dan memberi anda lebih kebebasan untuk bekerja atau melakukan aktiviti yang anda gemari. 

Anda boleh melancong dengan Dialisis Peritoneal (PD) 

Bagi kebanyakan pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD), mengekalkan mobiliti dan berpeluang untuk melancong adalah perkara yang penting untuk kekal berdikari. Memandangkan dialisis peritoneal (PD) boleh dilakukan semalaman di mana-mana tempat pilihan anda, kebanyakan pesakit dialisis boleh mengembara dan meneruskan rawatan mereka walaupun berada di luar rumah. Semasa merancang pengembaraan, anda boleh berbincang dengan doktor untuk membuat persediaan rawatan dialisis peritioneal (PD) semasa kembara.

Apakah langkah seterusnya?

capd small title

Peritoneal Dialisis Ambulatori Berterusan (CAPD)

CAPD boleh dilakukan di tempat kerja, rumah atau semasa anda mengembara.

Illustration of a man and woman sleeping in a bed during at-home peritoneal dialysis

Peritoneal Dialisis Automatik (APD)

Anda boleh melakukan rawatan dialisis semasa anda tidur.

Illustration of a patient participating in in-centre haemodialysis

Hemodialisis di Pusat Rawatan (ICHD)

Anda mungkin lebih suka menerima rawatan dialisis di hospital atau pusat rawatan yang berhampiran dengan anda.