Berbincang Tentang Penyakit Anda

Anda mungkin mendapati sukar untuk berbincang tentang penyakit anda secara terbuka, tetapi langkah ini akan membantu anda membina kepercayaan dan mendapatkan sokongan emosi dan praktikal yang anda perlukan untuk hidup sejahtera dengan dialisis. 

Two women talking

Berbincang tentang penyakit anda boleh meringankan beban untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan penghidap buah pinggang kronik (CKD). 

Perbincangan dengan orang-orang tersayang tentang realiti baharu yang anda hadapi mungkin mencabar tetapi adalah penting. Bantuan dan sokongan mereka amat berharga sepanjang rawatan dan tindakan anda berkongsi lebih awal dengan mereka akan memastikan anda berpeluang untuk mendengar pandangan, kemusykilan, keperluan dan penerimaan mereka. 

Elderly couple holding hands for emotional support about dialysis

Suami, Isteri, Pasangan atau Teman Hidup Anda

Jika anda ada suami atau isteri, pasangan atau teman hidup, anda mungkin mahu mereka menjadi tunggak utama yang memberikan sokongan emosi sepanjang perjalanan rawatan anda. Lebih-lebih lagi jika merekalah penjaga atau insan yang memberikan sokongan semasa anda menjalani rawatan dialisis. Sebaik-baiknya anda perlu berbincang dengan mereka tentang cara rawatan sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan harian anda berdua, dan rancang bagaimana untuk menangani perubahan peranan dan jangkaan dalam rumah tangga.

Family sitting on an open field talking about dialysis

Keluarga Anda

Anda mungkin perlu memberitahu keluarga mengenai keadaan anda sepanjang rawatan. Bersikap terbuka tentang penyakit anda dengan orang yang tersayang boleh membantu mereka memahami apa yang sedang anda lalui. 

Keluarga anda juga boleh menjadi tunggak sokongan anda. Sebagai contoh, mereka boleh menghantar anda berulang-alik ke tempat rawatan.  Jika anda menjalani PD atau rawatan HD di rumah, mereka boleh membantu anda untuk melakukan rawatan. Selain itu, mereka mungkin boleh membantu anda melakukan urusan peribadi atau keluarga, seperti mengemas rumah atau menjaga anak. 

Elderly talking about dialysis in a park while having picnic

Rakan-Rakan Anda

Aktiviti sosial anda mungkin terjejas bergantung pada rawatan yang anda pilih. Ini tidak bermakna aktiviti sosial anda akan berakhir di sini.  Beritahu rakan-rakan bahawa anda masih boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang anda gemari sebelum diagnosis supaya mereka terus melibatkan anda. Akan tetapi, anda perlu berunding dengan pakar klinikal terlebih dahulu. Rakan-rakan anda mungkin boleh mencuba sesetengah aktiviti baharu dengan anda. Malah jika anda memilih untuk menjalani hemodialisis di pusat (HD di Pusat), anda juga berpeluang jumpa kawan baru! 

Colleagues in formal wear discussing work in the office

Majikan dan Rakan Sekerja Anda

Anda masih boleh bekerja semasa menjalani rawatan dialisis. Ini juga boleh membantu anda mengekalkan kesejahteraan fizikal, mental dan sumber pendapatan anda. Anda perlu berbincang secara jujur dan terbuka dengan majikan sekiranya perlu menyesuaikan jadual kerja dengan rawatan. 

Doctor explaining Peritoneal Dialysis to the patient

Merawat Penyakit Buah Pinggang (CKD) Seorang Diri

Pasukan penjagaan kesihatan boleh meberi nasihat dan cadangan untuk memudahkan rawatan dialisis sekiranya anda membuat keputusan untuk mengharungi perjalanan rawatan seorang diri. Mereka boleh menasihati anda atau merujuk kepada orang yang dapat menasihati anda bagaimana untuk mendapat kesan rawatan yang terbaik, dan cara mengimbangi rawatan dengan tanggungjawab kehidupan kerja. Perbincangan terbuka dengan pasukan penjagaan kesihatan tentang keadaan anda adalah penting untuk mereka memberi sokongan yang sepenuhnya kepada anda. 

Apakah langkah seterusnya?

Mental health kidney health

Menangani Emosi Anda

Cara anda menangani emosi sepanjang rawatan boleh memberikan kesan ketara terhadap kesejahteraan anda.

holding hands to give moral support while the patient is on dialysis

Hubungan intim

Anda masih boleh mengekalkan hubungan intim semasa menjalani rawatan dialisis. Ketahui lebih lanjut tentang hubungan intim dan dialisis.

Adopting_a_kidney_friendly_diet_largetile_02.png

Diet dan Dialisis

Diet yang mesra buah pinggang memainkan peranan yang penting untuk memastikan anda rasa lebih sihat dan melakukan yang terbaik sepanjang perjalanan rawatan. Ketahui lebih lanjut tentang diet dan dialisis anda.