Punca Penyakit Buah Pinggang Kronik

Penyakit buah pinggang kronik (kegagalan buah pinggang kronik) adalah keadaan yang melibatkan kehilangan fungsi buah pinggang secara beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang. Apabila penyakit buah pinggang kronik (CKD) merosot, buah pinggang hilang keupayaannya untuk mengeluarkan toksin dan cecair berlebihan daripada badan dengan berkesan. Kehilangan fungsi buah pinggang akan melalui lima peringkat dalam jangka masa beberapa tahun. CKD kebiasaannya tidak terus merosot ke peringkat 5, yang juga dikenali sebagai penyakit buah pinggang peringkat akhir atau kegagalan buah pinggang. Perkembangan penyakit ini boleh diperlahankan dengan ketara dengan pengurusan CKD yang berkesan.
Punca-punca CKD
Punca CKD adalah berbeza-beza dan mungkin tidak beberapa jelas untuk sesetengah pesakit. CKD selalunya berpunca daripada masalah kesihatan yang sedia ada. Di sini, kami akan memberi keterangan tentang punca yang paling ketara.
Diabetes (Kencing Manis)
Penyakit buah pinggang di kebanyakan negara adalah kebiasaannya berpunca daripada diabetes. Paras gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan saluran darah dalam buah pinggang dan menyebabkan CKD. Kerosakan buah pinggang boleh berlaku dalam kedua-dua diabetes jenis 1 dan jenis 2. Sekiranya anda menghidapi diabetes, adalah penting untuk anda memastikan tahap gula dalam darah terkawal, dan selalu memantau isu kesihatan lain yang berkaitan seperti tekanan darah tinggi.
Faktor yang meningkatkan risiko penyakit buah pinggang
Selain daripada punca biasa penyakit buah pinggang ini, terdapat faktor lain yang boleh meningkatkan risiko CKD dan kemerosotan penyakit. CKD peringkat awal biasanya jarang menunjukkan sebarang gejala. Maka, adalah penting untuk mengenal pasti faktor risiko dan memantau kesihatan anda dengan sewajarnya.