Anda tidak memilih untuk mengalami masalah kegagalan buah pinggang, tapi anda boleh memilih bagaimana untuk menanganinya.

Semakin ramai orang membuat keputusan untuk mendapatkan semula kawalan hidup mereka dengan pilihan rawatan yang terbaik untuk menyokong keperluan fizikal, emosi dan gaya hidup mereka. Bagi mereka, ini adalah satu lagi peluang kehidupan. satu permulaan yang baru.

APABILA BUAH PINGGANG TIDAK BERFUNGSI

What is kidney failure

Memang sukar apabila apabila buah pinggang disahkan hilang fungsi, namun anda boleh mengambil langkah untuk menjadikan perjalanan seterusnya lebih lancar. Mulakan dengan pembelajaran kendiri dan bincanglah dengan doktor anda. Dengan pendekatan yang betul dan maklumat yang mencukupi, anda akan lebih bersedia untuk mengambil langkah pertama dalam perjalanan rawatan anda.

PILIHAN PERJALANAN RAWATAN ANDA

kidney failure patient considering peritoneal dailysis

PERITONEAL DIALYSIS (PD)

PD adalah satu rawatan yang menggunakan lapisan dalaman abdomen anda - juga dikenali sebagai selaput peritoneum – yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kumuhan dari dalam darah. PD memberikan jadual rawatan yang fleksibel kepada semua, kerana rawatan ini boleh dilakukan di rumah atau tempat kerja, pada waktu siang atau semasa tidur.

Kidney failure patient considering haemodialysis

HEMODIALISIS (HD)

Hemodialisis menggunakan mesin dan membran sintetik yang dipanggil dialyser untuk menapis darah anda. HD kebiasaannya dilakukan di pusat dialisis atau hospital di bawah penyeliaan staf klinikal. HD biasanya melibatkan lawatan ke hospital atau pusat dialisis sebanyak tiga kali seminggu untuk rawatan yang memakan masa tiga hingga lima jam.

Kidney failure patient after kidney transplant

PEMINDAHAN BUAH PINGGANG

Pemindahan buah pinggang adalah satu pembedahan di mana buah pinggang daripada penderma yang sihat dipindahkan ke dalam badan anda. Buah pinggang baru ini akan menapis darah dan mengeluarkan cecair berlebihan seperti yang dilakukan oleh kedua-dua buah pinggang anda yang asal. Walau bagaimanapun, disebabkan purata masa  menunggu untuk mendapatkan buah pinggang yang sesuai adalah antara tiga hingga lima tahun, anda masih perlu menjalani rawatan dialisis sebelum pemindahan buah pinggang anda.

Kidney Failure patients on conservative care

PENJAGAAN KONSERVATIF

Jika anda merasakan bahawa dialisis atau pemindahan buah pinggang bukanlah pilihan yang tepat untuk anda, anda boleh mempertimbangkan untuk menjalani rawatan konservatif. Penjagaan konservatif memberi tumpuan kepada pengawalan gejala dan mengekalkan kualiti hidup anda

BAGAIMANA PESAKIT KEGALAN BUAH PINGGANG BERMULA SEMULA

Syahmi berasa teramat sedih apabila dia disahkan menghidap CKD. Sukar untuk dia menerima kesihatannya makin merosot dan masa depannya terasa gelap. Namun begitu, Syahmi membuat keputusan untuk tidak membiarkan diagnosis ini mematahkan semangatnya.