Menjaga Insan Yang Memerlukan Dialisis

Semua  pengalaman penyakit buah pinggang adalah unik, mengubah kehidupan dan merombak kehidupan harian anda. Ini bukan sahaja dialami oleh pesakit, tetapi juga mereka yang menjaga dan menyokong mereka sepanjang perjalanan, yang juga dikenali sebagai penjaga. 

Menjaga seorang yang menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) ialah satu pengalaman yang mencabar tetapi pada masa yang sama amat bermakna. Anda mungkin terasa bimbang mengenangkan keadaan  insan yang anda sayangi atau khuatir dengan keupayaan anda untuk memberi bantuan dan sokongan yang diperlukan mereka. Ini memang lumrah kehidupan. Anda hanya perlu ingat bahawa menjaga diri anda sendiri juga sama penting. Memahami kesan perjalanan ini, pelbagai keperluan rawatan yang berlainan, dan rutin baharu yang dijangkakan akan mempersiapkan anda untuk menangani cabaran dan membolehkan anda berdua mengecap nikmat hidup sepenuhnya.

elderly couple discussing their dialysis treatment options

Menangani Emosi dan Perubahan Gaya Hidup

Menjaga seorang yang baru memulakan dialisis juga boleh mengubah hidup anda. Pada mulanya, anda mungkin merasa seperti perubahan yang  besar telah berlaku, tetapi lama-kelamaan perubahan  ini akan menjadi kebiasaan dan kebanyakan tugas akan menjadi rutin harian. Terdapat beberapa cara untuk membiasakan diri dengan peranan baru, perasaan dan kesan yang mungkin dibawa oleh dialisis ke atas gaya hidup anda. 

APD dialysis patient sitting on bed with a cycler machine

Memahami Peranan Anda dalam Penjagaan Dialisis Peritoneal (PD)

Jika insan yang anda jaga sedang mempertimbangkan dialisis peritoneal, ini bermakna dia akan menjalani rawatan di rumah, mungkin pada waktu malam, iaitu sepanjang malam. Ada banyak kelebihan untuk memulakan rawatan dialisis peritoneal di rumah dan terdapat beberapa cara anda boleh membantu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan ini. 

A woman and man sitting on a couch with a home haemodialysis device

Menjaga Pesakit Hemodialisis di Rumah (HHD)

Jika orang yang dijaga akan menjalani rawatan hemodialisis di rumah, anda memainkan peranan aktif dalam penjagaan mereka. Banyak yang perlu anda lakukan, termasuk membuat perubahan kepada sistem paip, membantu mereka menjalani rawatan atau menepati jadual – ketahui pelbagai pilihan penting yang perlu dibuat dengan bantuan anda. 

patient receiving in-centre haemodialysis treatment with a nurse

Membantu Menjaga Pesakit Yang Menjalani Hemodialisis di Pusat Rawatan

Ramai pesakit memilih  hemodialisis di pusat rawatan untuk menjalani rawatan buah pinggang mereka. Terdapat perkara tertentu yang perlu anda ketahui untuk membantu mereka, dan juga diri sendiri, dalam perjalanan ini. Pertama, dialisis di pusat rawatan boleh dilakukan beberapa kali seminggu dan setiap sesi mengambil masa 4-5 jam. Anda dan pesakit perlu bersedia untuk membuat komitmen ini.